Soalan Lazim

Share This:

1. Bolehkah Ubat Resdung EZiBreathe menghilangkan terus masalah alahan hidung/resdung saya?
Tidak Ubat Resdung EZiBreathe hanya dapat melegakan gejala resdung anda.Sehingga kini masih belum ada ubat didunia yang dapat menghilangkan masalah alahan hidung/resdung.Ini bermakna, anda terpaksa bergantung dengan ubat bagi melegakan masalah anda.

2. Kalau setakat melegakan mengapa perlu saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe? Baik saya ambil ubat lain pun sama jugakan?
Ya! Tetapi kebanyakan ubat lain dipasaran terutama ubat moden boleh mendatangkan kesan sampingan baik dalam jangkamasa pendek atau panjang.Ini adalah tidak baik terutama bagi kanak-kanak memandangkan mereka terpaksa bergantung dengan ubat secara berterusan.Sebaliknya Ubat Resdung EZiBreathe tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan dan boleh diambil berpanjangan.

3. Berapa lama perlu saya makan untuk melihat kesannya?
Bergantung kepada sistem pertahanan badan masing-masing. Bagi yang pertama kali mengambil Ubat Resdung EZiBreathe, tindakbalasnya, kebiasaannya akan dilihat selepas 1 hingga ke 3 minggu. Ada juga selepas 2 atau 3 botol. Sementara, bagi mereka yang telah biasa mengambil Ubat Resdung EZiBreathe, kesannya dapat dilihat 15 minit hingga ke 1/2 jam selepas mengambil Ubat Resdung EZiBreathe.

4. Bilakah waktu terbaik untuk mengambil Ubat Resdung EZiBreathe?
Waktu mulut kosong tanpa sebarang makanan atau minuman iaitu waktu pagi sebaik je bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.

5. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe semasa perut kosong?
Ya! kerana Ubat Resdung EZiBreathe adalah dianggap seperti makanan.

6. Berapa biji perlu saya ambil sehari?
Mengikut sukatan yang tercatat di label botol atau bila perlu.

7. Perlukah saya terus mengambil Ubat Resdung EZiBreathe selepas Alahan Hidung atau Resdung saya pulih?
Ya! Kerana selagi anda terdedah dengan punca alahan, selagi itulah anda berisiko untuk mendapat semula gejala. Oleh itu, pengambilan Ubat Resdung EZiBreathe secara berterusan dapat mencegah gejala daripada terjadi. Anda hanya perlu mengurangkan dosnya kepada sebiji sehari sahaja atau bila perlu. Lagipun penyakit alahan hidung dan resdung, adalah penyakit yang berkaitan dengan masalah sistem imunisasi individu yag bercelaru. Sehingga kini masih tiada ubat moden atau tradisional yang dapat menyembuhkan gejala alahan hidung dan resdung 100%. Ini bermakna penghidap terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang kehidupan mereka. Bezanya mengambil ubat moden yang mengandungi antihistamin secara berpanjangan boleh mendatangkan banyak kesan sampingan seperti mengantuk, singkat daya ingatan (pelupa), depresi (murung), pemarah dan banyak lagi. Sementara, Ubat Resdung EZiBreathe pula dihasilkan daripada mikro minerals semulajadi yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap hari. Jadi pengambilan Ubat Resdung EZiBreathe yang berterusan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan.

8. Adakah Ubat Resdung EZiBreathe akan memberikan sebarang kesan sampingan atau tindakbalas sementara?
Ubat Resdung EZiBreathe tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, Ubat Resdung EZiBreathe boleh menyebabkan tindakbalas sementara bagi mereka yang baru pertama kali mengambilnya. Tempoh tindakbalas ini bergantung kepada sistem imunisasi badan anda. Anda tidak perlu risau, ini dipanggil healing crisis process menandakan Ubat Resdung EZiBreathe sedang bertindak balas dengan sistem imunisasi.

9. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe bersama dengan ubat lain?
Ya! Cuma jarakkan masa 1 ke 2 jam.

10. Bolehkah saya atau anak saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe jika menghidap Asma?
Ya! Tapi kurangkan dosnya kepada 1 biji sahaja sehari dan diambil selang sehari selama sebulan, kemudian mengikut sukatan di botol.

11. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe jika selesema atau batuk saya disebabkan oleh jangkitan virus?
Ubat Resdung EZiBreathe tidak dapat membantu masalah selesema atau batuk yang disebabkan oleh jangkitan virus.

12. Apakah pantang larang semasa mengambil Ubat Resdung EZiBreathe?
Tiada sebarang pantang larang, anda boleh menikmati semua makanan kegemaran anda seperti biasa.

13. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe jika saya mengandung?
Ya! Selepas mengandung 3 bulan. Kerana Ubat Resdung EZiBreathe hanyalah garam galian dan tidak mengandungi steroid. Walaubagaimanapun anda boleh padatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.

14. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe jika saya alah pada makanan laut?
Ya! Ambil 1 biji ½ jam sebelum dan 1 biji lagi ½ jam selepas makan makanan laut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *