Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat

Share This:

Bila bercakap mengenai topik resdung, pasti semua orang terbayang akan ulat-ulat kecil yang keluar dari hidung ketika rawatan dan seolah-olah ulat tersebut telah bersarang dalam hidung pesakit resdung. Hakikatnya , ulat-ulat ini langsung tiada kaitan dalam dunia perubatan moden. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis’ dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat. Jerawat selalunya terhasil akibat dari Rhinitis iaitu alahan.

Mari kita lihat perbezaan simptom-simptom antara sinusitis,rhinitis dan selsema yang dijawab oleh Dr Ramiza Ramza Bin Ramli melalui pautan ini > http://www.doktorbudak.com/2014/07/09/1049/

Simptom-simptom resdung (sinusitis) ialah:

  1. Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  2. Hidung yang tersumbat
  3. Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  4. Demam.
  5. Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

Simptom-simptom alahan rhinitis ialah:

  1. Hidung berhingus. Hingus yang mengalir ialah jernih dan pekat
  2. Hidung yang tersumbat.
  3. Bersin yang melampau.
  4. Rasa hingus mengalir dibelakang tekak. Ini disebabkan oleh hingus yang berlebihan dihasilkan dan ini akan menyebabkan ia mengalir ke belakan hidung dan seterusnya ke belakan tekak. Ini juga menyebabkan pesakit akan batuk.
  5. Gatal hidung, mata dan muka.

*Alahan rhinitis atau dikelnali sebagai Allergic Rhinitis, ialah radang pada rongga hidung yang disebabkan oleh alahan.

Simptom-simptom selsema ialah:

  1. Demam
  2. Hidung berhingus
  3. Batuk
  4. Sakik tekak

*Selsema adalah terdiri dari beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kebiasaanya virus.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *