Author Archives: rawres

6 Makanan Untuk Mengelakkan Demam & Selesema

Share This:

Berikut merupakan infografic 6 Makanan Untuk Mengelakkan Demam & Selesema. Jom sama-sama baca ūüôā

6-makanan-elak-demam-dan-selesema

Tips Mengurangkan Lendir Degil Dalam Tekak

Share This:

Tips 1

Minum air suam dengan kerap atau dijadikan amalan harian.

Tips 2

Minum air yang ditambah dengan madu dan kayu manis serta diminum dengan secamca madu asli.

Tips 3

Makan sup tomato yang disediakan dengan halia , bawang putih dan lada putih (pepper)

 

Tips 4

Amalkan air suam yang dicampurkan dengan lemon

 

2015730224715-1

Ezibreate mampu menyelesaikan masalah :

Check1red Resdung (Sinus)   Check1red Alahan   Check1red Asma

Check1red Selesema berpanjangan   Check1red Hidung kerap terseumbat

Check1red Batuk   Check1red Sakit tekak   Check1red Banyak Kahak

Whatsapp “EziBreathe” ke 017-5601956 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apa itu Healing Crisis

Share This:

Ramai yang bertanya , kenapa ada tindak balas seperti bersin selepas kali pertama mengambil EziBreathe. Tindak balas itu dipanggil “Healing Crisis” .

Apa itu Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah MengambilSupplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)? 

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

 

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik – memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik

 

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

  • Keletihan, berasa mengantuk – Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
  • Sakit kepala, kepala terasa bera t- Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
  • Demam, demam sedikit, keresahan – Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
  • Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk – Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
  • Kembung, perut bergas – Sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur – Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
  • Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair – Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
  • Hidung berdarah – Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
  • Sakit di bahagian otot dan send i- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
  • Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas – Proses penyembuhan semakin cepat
  • Insomnia or atau hiperaktif- Sistem saraf yang lemah
  • Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir – Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
  • Pendarahan ketika membuang air besar – Mungkin buasir
  • Pening, lapar – Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
  • Loya, sembelit, sedu – Sistem penghadaman lemah, masalah hati
  • Slight Edema (bengkak) – Masalah buah pinggang

Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ? 

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. In Sya Allah.

Alahan Punca Resdung

Share This:

Adakah anda kerap  bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh 1 bulan?Jika keadaan ini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi mengesahkan sama ada anda mengalami resdung atau alahan hidung.

Pakar Runding Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Pembedahan Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Samril Bokari berkata, tanda-tanda alahan hidung yang tidak diubati akan membawa kepada resdung atau dikenali juga sebagai sinusitis.Biasanya tanda awal alahan hidung adalah bersin, selesema, hidung tersumbat serta muka dan mata yang gatal dan berair.¬ďRamai yang memandang remeh perkara ini dan tidak mahu mendapatkan nasihat serta rawatan doktor dengan alasan penyakit yang dihidapi tidak teruk,¬Ē katanya.

Selain memberikan kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri pesakit, resdung juga boleh membawa kepada kematian.Alahan hidung terjadi apabila selaput hidup membran mukus, telinga tengah dan tekak membengkak kerana menghidu debunga, hama dan habuk serta perubahan cuaca.Setelah itu, hidung akan bertindakbalas dengan benda asing menyebabkan simptom seperti selesema, bersin, gatal mata dan hidung berterusan.

Dr. Samril berkata, jika alahan hidung dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan komplikasi seperti rongga sinus tersumbat (terdapat lapan rongga sinus).Rongga sinus yang bertindak untuk pengudaraan tersekat dan menyebabkan bakteria terperangkap, sinusitus dan nanah terkumpul.Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian.Ketika itu pesakit akan merasa tidak selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak,¬Ē katanya.

Terdapat juga pesakit yang menghidap asma akibat alahan hidung yang berterusan kerana hidung dan paru-paru bersambung.Rawatan awal boleh dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan selesema dan semburan hidung yang berterusan sehingga sembuh.

Menurut Dr. Samril, sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa saja, bagaimanapun risiko lebih besar jika ahli keluarga terdekat menghidapinya.Alahan hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 hingga 11 tahun sementara 80 peratus menghidapinya semasa berusia 20 tahun.Ketika usia muda, alahan hidung lebih biasa berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan tetapi bila dewasa peratusannya lebih kurang sama.Sejarah pesakit amat penting dalam menilai alahan hidung.¬ďElemen penting termasuk menilai persekitaran, tempoh simptom, tindak balas perubatan, sejarah keluarga dalam alergi dan pekerjaan,¬Ē katanya.Sejarah berkenaan boleh membantu mengenal pasti punca dan penawar kepada alahan berkenaan.

Simptom berkaitan dengan bersin, gatal hidung, mata dan telinga, hidung berair, sakit kepala, mata merah dan letih.Pastikan simptom berkaitan dengan alahan sama ada debunga, kulat, haiwan tertentu, habuk atau hama.Biasanya struktur hidung akan bengkak dan jika penyakit parah maka ruang sinus akan mengandungi nanah.

¬ďPesakit akan diberikan antibiotik selama 10 hari hingga dua minggu.Biasanya pesakit yang mengambil ubat secara berterusan akan dapat mengawal alahan,¬Ē katanya.Bagaimanapun jika resdung tadi bertambah parah, jalan terakhir adalah melalui pembedahan.

Sumber artikel : Utusan Malaysia

Doa & Cara Rawatan Resdung Mengikut Perubatan Islam

Share This:

Sijil KKM & HALAL

Share This:


 

10 Fakta Menarik Tentang Bersin

Share This:

bersin

Fakta 1 :
Bersin adalah reaksi spontan tubuh untuk menyucikan rongga hidung dari benda asing dengan cara hembusan angin yang kencang dari paru-paru ke luar tubuh samada melalui hidung atau pun mulut anda.

Fakta 2 :
Udara yang terhembus ketika anda bersin mempunyai kelajuan hingga 160 km per jam!

Fakta 3 :
Seseorang yang bersin telah melontarkan ratusan ribu kuman ke udara sekitarnya.

Fakta 4 :
Alis di sekitar mata kita ternyata memiliki hubungan dengan saraf di sekitar hidung, akibatnya bila dicabut alis mata , maka akan mengakibatkan terjadinya bersin .

Fakta 5 :
Ketika tidur ,tubuh kita dalam kondisi istirehat . Begitu juga saraf di sekitar hidung, jadi ketika tidur hampir tidak mungkin kita akan mengalami bersin.

Fakta 6 :
Bekerja berat seharian dapat menyebabkan bersin. Mengapa ? Karena setelah bekerja berat, mulut dan hidung kita dalam keadaan kering sehingga hidung akan memproduksi lendir berlebih yang boleh menyebabkan bersin.

Fakta 7 :
Meskipun boleh ditahan sebelum terjadi, bersin tak dapat dihentikan apabila sudah keluar. Apabila anda tetap nekad menahannya, gegenndang telinga anda boleh rosak dan bola mata anda boleh tercabut keluar!

Fakta 8 :
Survey membuktikan bahwa jika terkena sinaran matahari secara langsung akan membuat satu dari tiga orang mengalami bersin. Menurut ilmuwan, hal ini dipengaruhi oleh Faktor Genetik.

Fakta 9 :
Sejumlah pakar meyakini bahwa stimulasi sistem parasimpatik tidak hanya membuat orang begitu menikmati hubungan seksual, namun juga bersin setelahnya.

Fakta 10 :
Rekod bersin terlama dimiliki oleh Donna Griffiths dari Worcesthaire, Inggris. Dia mengalami bersin selama 978 hari dengan sekali bersin setiap minit.

Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat

Share This:

Bila bercakap mengenai topik resdung, pasti semua orang terbayang akan ulat-ulat kecil yang keluar dari hidung ketika rawatan dan seolah-olah ulat tersebut telah bersarang dalam hidung pesakit resdung. Hakikatnya , ulat-ulat ini langsung tiada kaitan dalam dunia perubatan moden. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis’ dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat. Jerawat selalunya terhasil akibat dari Rhinitis iaitu alahan.

Mari kita lihat perbezaan simptom-simptom antara sinusitis,rhinitis dan selsema yang dijawab oleh Dr Ramiza Ramza Bin Ramli melalui pautan ini > http://www.doktorbudak.com/2014/07/09/1049/

Simptom-simptom resdung (sinusitis) ialah:

  1. Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  2. Hidung yang tersumbat
  3. Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  4. Demam.
  5. Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

Simptom-simptom alahan rhinitis ialah:

  1. Hidung berhingus. Hingus yang mengalir ialah jernih dan pekat
  2. Hidung yang tersumbat.
  3. Bersin yang melampau.
  4. Rasa hingus mengalir dibelakang tekak. Ini disebabkan oleh hingus yang berlebihan dihasilkan dan ini akan menyebabkan ia mengalir ke belakan hidung dan seterusnya ke belakan tekak. Ini juga menyebabkan pesakit akan batuk.
  5. Gatal hidung, mata dan muka.

*Alahan rhinitis atau dikelnali sebagai Allergic Rhinitis, ialah radang pada rongga hidung yang disebabkan oleh alahan.

Simptom-simptom selsema ialah:

  1. Demam
  2. Hidung berhingus
  3. Batuk
  4. Sakik tekak

*Selsema adalah terdiri dari beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kebiasaanya virus.

 

Rawat Resdung Sebelum Terlewat

Share This:

Rawat Resdung Sebelum Terlewat

man sneez

Resdung adalah sejenis penyakit hidung yang terjadi apabila membran sinus mengalami keradangan. Sinus merupakan rongga di dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau dipanggil hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.Sekiranya pesakit resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung.
Antara yang utama:o Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.
o Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.
o Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
o Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti:o Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
o Hidung tersumbat
o Hidung selalu berdarah dan bernanah
o Jerawat di belakang badan
o Rambut gugur dan berkelemumur
o Sakit kepala
o Keletihan dan badan rasa kurang sihat
o Batuk kronik
o Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
o Mata sering berair
o Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah.PETUA MENGELAKKAN RESDUNGo Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
o Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah.
o Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot.
o Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab.
o Simpan pakaian dalam alrnari yang bertutup.
o Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu.
o Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Rawatan resdung diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Kaedah endoskopi digunakan untuk mengesan penyakit resdung. Tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung hingga ke rongga sinus yang membolehkan pemeriksaan lebih teliti untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terdapat di dalam rongga hingga membawa kepada gejala resdung. Hingus yang pekat dan basi dalam rongga sinus akan disedut keluar.

Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengeluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus. Daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung membengkak apabila seseorang pesakit mengalami alahan, menyebabkan pengaliran udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Resdung tidak berjangkit dan tidak diwarisi. Tetapi masalah alahan yang menjadi salah satu punca resdung boleh diwarisi secara genetik. Tanpa rawatan segera, penyakit ini akan menyebabkan simptom seperti sakit muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat.