Author Archives: admin

Kelebihan Ubat Resdung EziBreathe

Share This:

2015730224715-1

Ubat Resdung EziBreathe juga telah dibuktikan secara saintifik, membantu kesihatan tubuh manusia dari segi :-

  • Menghentikan kegatalan hidung, telinga, mata dan tekak
  • Menghentikan kekerapan bersin
  • Melegakan hidung tersumbat
  • Mengurangkan radang yang menyebabkan bengkak di dalam rongga hidung dan sinus
  • Melegakan selesema
  • Mencegah jangkitan di dalam system pernafasan dan rongga sinus
  • Mencegah pernafasan melalui mulut
  • Mencegah serangan asma (lelah)
  • menyingkir toxin dalam darah

Keistimewaan EZiBreathe jika diberbandingkan dengan produk lain dipasaran adalah:-

Ubat Moden atau Produk Herba Kelebihan EZiBreathe
Terdapat kesan sampingan. Tiada sebarang kesan sampingan. Dihasilkan 100% daripada mikro minerals semulajadi.
Kebanyakkannya tidak sesuai diambil oleh bayi, kanak-kanak, wanita hamil atau yang menyusukan anak serta mereka yang menghidap penyakit kronik. Selamat diambil oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak 1 tahun ke atas, wanita hamil atau yang menyusukan anak serta mereka yang menghidap penyakit kronik.
Sukar diberikan kepada kanak-kanak kerana rasanya tidak sedap. Sementara dalam bentuk kapsul herba pula agak panas dan sukar untuk ditelan oleh kebanyakkan orang. Bentuk tablet yang kecil, rasanya manis seperti gula-gula, hanya perlu di hisap atau di kunyah atau boleh dicampur ke dalam susu. Di senangi oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.
Perlu berpantang dari segi pemakanan ketika mengambil produk herba Tiada pantang larang

* Produk Ubat Resdung EZiBreathe di formulasi dan dikilangkan di Malaysia di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPKF), mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (G.M.P) serta memiliki sijil HALAL daripada JAKIM).

Soalan Lazim

Share This:

1. Bolehkah Ubat Resdung EZiBreathe menghilangkan terus masalah alahan hidung/resdung saya?
Tidak Ubat Resdung EZiBreathe hanya dapat melegakan gejala resdung anda.Sehingga kini masih belum ada ubat didunia yang dapat menghilangkan masalah alahan hidung/resdung.Ini bermakna, anda terpaksa bergantung dengan ubat bagi melegakan masalah anda.

2. Kalau setakat melegakan mengapa perlu saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe? Baik saya ambil ubat lain pun sama jugakan?
Ya! Tetapi kebanyakan ubat lain dipasaran terutama ubat moden boleh mendatangkan kesan sampingan baik dalam jangkamasa pendek atau panjang.Ini adalah tidak baik terutama bagi kanak-kanak memandangkan mereka terpaksa bergantung dengan ubat secara berterusan.Sebaliknya Ubat Resdung EZiBreathe tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan dan boleh diambil berpanjangan.

3. Berapa lama perlu saya makan untuk melihat kesannya?
Bergantung kepada sistem pertahanan badan masing-masing. Bagi yang pertama kali mengambil Ubat Resdung EZiBreathe, tindakbalasnya, kebiasaannya akan dilihat selepas 1 hingga ke 3 minggu. Ada juga selepas 2 atau 3 botol. Sementara, bagi mereka yang telah biasa mengambil Ubat Resdung EZiBreathe, kesannya dapat dilihat 15 minit hingga ke 1/2 jam selepas mengambil Ubat Resdung EZiBreathe.

4. Bilakah waktu terbaik untuk mengambil Ubat Resdung EZiBreathe?
Waktu mulut kosong tanpa sebarang makanan atau minuman iaitu waktu pagi sebaik je bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.

5. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe semasa perut kosong?
Ya! kerana Ubat Resdung EZiBreathe adalah dianggap seperti makanan.

6. Berapa biji perlu saya ambil sehari?
Mengikut sukatan yang tercatat di label botol atau bila perlu.

7. Perlukah saya terus mengambil Ubat Resdung EZiBreathe selepas Alahan Hidung atau Resdung saya pulih?
Ya! Kerana selagi anda terdedah dengan punca alahan, selagi itulah anda berisiko untuk mendapat semula gejala. Oleh itu, pengambilan Ubat Resdung EZiBreathe secara berterusan dapat mencegah gejala daripada terjadi. Anda hanya perlu mengurangkan dosnya kepada sebiji sehari sahaja atau bila perlu. Lagipun penyakit alahan hidung dan resdung, adalah penyakit yang berkaitan dengan masalah sistem imunisasi individu yag bercelaru. Sehingga kini masih tiada ubat moden atau tradisional yang dapat menyembuhkan gejala alahan hidung dan resdung 100%. Ini bermakna penghidap terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang kehidupan mereka. Bezanya mengambil ubat moden yang mengandungi antihistamin secara berpanjangan boleh mendatangkan banyak kesan sampingan seperti mengantuk, singkat daya ingatan (pelupa), depresi (murung), pemarah dan banyak lagi. Sementara, Ubat Resdung EZiBreathe pula dihasilkan daripada mikro minerals semulajadi yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap hari. Jadi pengambilan Ubat Resdung EZiBreathe yang berterusan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan.

8. Adakah Ubat Resdung EZiBreathe akan memberikan sebarang kesan sampingan atau tindakbalas sementara?
Ubat Resdung EZiBreathe tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, Ubat Resdung EZiBreathe boleh menyebabkan tindakbalas sementara bagi mereka yang baru pertama kali mengambilnya. Tempoh tindakbalas ini bergantung kepada sistem imunisasi badan anda. Anda tidak perlu risau, ini dipanggil healing crisis process menandakan Ubat Resdung EZiBreathe sedang bertindak balas dengan sistem imunisasi.

9. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe bersama dengan ubat lain?
Ya! Cuma jarakkan masa 1 ke 2 jam.

10. Bolehkah saya atau anak saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe jika menghidap Asma?
Ya! Tapi kurangkan dosnya kepada 1 biji sahaja sehari dan diambil selang sehari selama sebulan, kemudian mengikut sukatan di botol.

11. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe jika selesema atau batuk saya disebabkan oleh jangkitan virus?
Ubat Resdung EZiBreathe tidak dapat membantu masalah selesema atau batuk yang disebabkan oleh jangkitan virus.

12. Apakah pantang larang semasa mengambil Ubat Resdung EZiBreathe?
Tiada sebarang pantang larang, anda boleh menikmati semua makanan kegemaran anda seperti biasa.

13. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe jika saya mengandung?
Ya! Selepas mengandung 3 bulan. Kerana Ubat Resdung EZiBreathe hanyalah garam galian dan tidak mengandungi steroid. Walaubagaimanapun anda boleh padatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.

14. Bolehkah saya mengambil Ubat Resdung EZiBreathe jika saya alah pada makanan laut?
Ya! Ambil 1 biji ½ jam sebelum dan 1 biji lagi ½ jam selepas makan makanan laut.

Kandungan Ubat

Share This:

Ubat Resdung EziBreathe diformulasikan dari hasil campuran :-

– Natrium Muriaticum
– Kalium Muriaticum
– Kalium Sulphuricum
– Ferrum Phosphoricum

Zat-zat galian ini sangat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan. Telah terbukti melalui ujian klinis, Ubat Resdung EziBreathe mampu melegakan resdung, sinusitis, serangan asma allergi, kegatalan dalam rongga hidung, selesema ,masalah bersin yang terlalu kerap serta meredakan radang di dalam rongga-rongga hidung.

Cara Penggunaan

Share This:

  • Jumlah Tablet :  110 biji
  • Cara Pengambilan : Sedia ditelan terus atau dikunyah
  • Masa Pengambilan : Boleh diambil bila perlu. Disyorkan 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur
  • Dos Pengambilan : 1 tablet 2 kali sehari  untuk usia 3 hingga 12 tahun dan 2 tablet 2 kali sehari untuk dewasa.
  • Cara Simpan : Letakkan di tempat dingin dan kering. Elakkan pancaran matahari terus.
  • Selamat untuk kegunaan dewasa dan kanak-kanak usia di atas 3 tahun.
  • Disahkan Halal oleh JAKIM
  • Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) : MAL07081640TC
  • Anda boleh semak nombor pendaftaran KKM di web ini : http://bit.ly/Semak-No-KKM

Tanda-Tanda Resdung

Share This:

Tanda-Tanda Resdung :

  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Hidung tersumbat dan berbau busuk
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
  • Nafas berbau
  • Kulit kusam & tak sekata
  • Gelap di bawah mata/eye bag

Apa Itu Resdung?

Share This:

Resdung adalah sejenis penyakit yang terjadi akibat dari radangan/jangkitan pada rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka (Sinus). Kebiasannya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakan kuman bakteri. Jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan, ia boleh membawa maut.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, jika kepincangan pada pertahanan tubuh , bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung (Sinusitis) adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya, dianggarkan 37 juta rakyatnya mengalami masalah resdung setiap tahun dan jumlah ini dijangka lebih tinggi kerana gejala sinusitis akibat jangkitan bakteria sering disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan ramai tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Di Malaysia, dianggarkan 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami masalah resdung.
Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang 50 peratus mendapatkan rawatan dan ramai tidak mahu berjumpa doktor kerana menganggap gejala resdung yang dialami hanya selesema atau alahan biasa.

Pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada bahan menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.

Penghidap resdung biasanya sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama pada waktu pagi.

Menurut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Mohd Husni Ahmad, sinusitis boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, sinusitis kronik adalah lebih lazim dan boleh boleh berlaku kepada sesiapa saja pada semua peringkat umur.

Testimoni

Share This:

Testimoni pengguna ezibreathe

TESTIMONI EZIBREATHETESTIMONI EZIBREATHE

TESTIMONI EZIBREATHE

TESTIMONI EZIBREATHE

TESTIMONI EZIBREATHETESTIMONI EB 6
Testimoni EB 7 Testimoni EB 8
Screenshot_2016-02-25-15-29-27  Screenshot_2016-02-02-11-29-16  Screenshot_2016-01-18-11-41-04-1  Screenshot_2016-01-13-17-29-22 Screenshot_2016-01-02-08-36-31 Testimoni EB 9

Jangan Mencari Lagi!  Bertindak sekarang!

 

  • Zul Zainuhal
    “saya mengalami masalah resdung hampir 4 tahun…hidung saya setiap hari tersumbat dan kerap kali bersin sehinggakan saya sakit kepala….memang rimas dan tidak selesa…berbagai-bagai saya mencuba ubat herba mahupun pil selsema….namun tiada apa-apa kesan terhadap saya…setelah saya melayari internet..saya telah mencuba ezibreath…kesannya amat ketara sehingga saya bebas dari resdung…tq ezibreath.

 

  • Pn Kasma, Sg Buluh
    Suami saya dah lama mengalami masalah resdung, sampaikan nafas dia berbau hanyir dan tekaknya banyak kahak. Selepas mengambil ezibreathe 2 bulan, alhamdullilah kahaknya dah takde, hidungnya tak tersumbat lagi dan nafasnya pun dah kurang berbau hanyir.

 

  • Zulika, TTDI Jaya
    Anak-anak saya 4 tahun dan 9 tahun selalu selesema dan bersin. Mereka juga ada asma. Bila kawan rekomen cuba ezibreathe untuk anak-anak saya, mula-mula saya was was juga, maklumlah nak bagi kat anak-anak dan anak-anak pun ada asma. So saya bawa botol ezibreathe jumpa doktor untuk mendapatkan pengesahkan. Doktor kata boleh bagi anak makan kerana kandungannya hanya gula dan garam galian, takde dadah merbahaya. Sekarang dah hampir 6 bulan anak saya makan ezibreathe, alhamdullilah serangan asmanya dah takde, selsema dan bersinnya pun dah kurang sangat. Terimakasih ezibreathe.

 

  • En. Abdul Rashid, Permatang Pauh, Pulau Pinang
    Kami anak beranak memang resdung teruk. Alhamdullilah, walaupun lambat nampak kesannya, bila dah berterusan ambil ezibreathe nampak sangat lah kurang selesema, batuk dan bersinnya.

 

  • Zaiti, Melaka
    Bengkak dalam hidung anak saya dah susut banyak, hidung nya pun dah tak berdarah lagi. Selesemanya pun dah kurang. Insaallah, saya akan perkenalkan ezibreathe pada kawan-kawan saya.

 

  • Tan, Setiawangsa.
    Thank you ezibreathe and acclear. It does helps improves my sinus infection and acne problem..thank you again.

 

  • Wawa, Sandakan.
    Saya nak ucapkan terimakasih pada Puan Rosmawati yang sudi menjawab sms saya yang tak henti-henti dengan pertanyaan. Nasib baik saya tak give up ambil ezibreathe. Selepas ambil 2 botol tak nampak perubahan pada bengkak dalam hidung, saya risau juga, tapi bila puan suruh cuba lagi 2 botol dan tinggi kan dosnya, selepas 4 botol baru kecut bengkak dalam hidung saya. Terimakasih.

 

  • Originally Posted by sunnyfx View Post
    Aku dah test….bagus ubat ni…2 botol aku beli…dah tak teruk…dulu pagi2 mcm mesingun dalam bilik air…skang kurang bersin waktu pagi…alhamdulillah..

 

  • Originally Posted by MyWin
    salam,anak saya dah byk thn makan ubat ni.
    kami beli di farmasi di Taman Sri Andalas,Klang
    Tapi selalu out of stock…..tapi ubat ini Alhamdulillah berkesan!

 

  • Originally Posted by Kabo
    anak aku makan alhamdulillah dah kurang bersin…pg2 dah tak bersin. Dah habis sebotol…

RESDUNG – Risiko jangkitan otak

Share This:

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

“Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

“Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,” kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka – pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

“Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

“Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,” katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan’ tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

“Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

“Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,” kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

“Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

“Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

“Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,” katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

“Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,” kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

 

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

 

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

 

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

 

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

 

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.