Apa Itu Resdung?

Share This:

Resdung adalah sejenis penyakit yang terjadi akibat dari radangan/jangkitan pada rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka (Sinus). Kebiasannya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakan kuman bakteri. Jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan, ia boleh membawa maut.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, jika kepincangan pada pertahanan tubuh , bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung (Sinusitis) adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya, dianggarkan 37 juta rakyatnya mengalami masalah resdung setiap tahun dan jumlah ini dijangka lebih tinggi kerana gejala sinusitis akibat jangkitan bakteria sering disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan ramai tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Di Malaysia, dianggarkan 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami masalah resdung.
Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang 50 peratus mendapatkan rawatan dan ramai tidak mahu berjumpa doktor kerana menganggap gejala resdung yang dialami hanya selesema atau alahan biasa.

Pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada bahan menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.

Penghidap resdung biasanya sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama pada waktu pagi.

Menurut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Mohd Husni Ahmad, sinusitis boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, sinusitis kronik adalah lebih lazim dan boleh boleh berlaku kepada sesiapa saja pada semua peringkat umur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *