Alahan Punca Resdung

Share This:

Adakah anda kerap  bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh 1 bulan?Jika keadaan ini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi mengesahkan sama ada anda mengalami resdung atau alahan hidung.

Pakar Runding Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Pembedahan Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Samril Bokari berkata, tanda-tanda alahan hidung yang tidak diubati akan membawa kepada resdung atau dikenali juga sebagai sinusitis.Biasanya tanda awal alahan hidung adalah bersin, selesema, hidung tersumbat serta muka dan mata yang gatal dan berair.“Ramai yang memandang remeh perkara ini dan tidak mahu mendapatkan nasihat serta rawatan doktor dengan alasan penyakit yang dihidapi tidak teruk,” katanya.

Selain memberikan kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri pesakit, resdung juga boleh membawa kepada kematian.Alahan hidung terjadi apabila selaput hidup membran mukus, telinga tengah dan tekak membengkak kerana menghidu debunga, hama dan habuk serta perubahan cuaca.Setelah itu, hidung akan bertindakbalas dengan benda asing menyebabkan simptom seperti selesema, bersin, gatal mata dan hidung berterusan.

Dr. Samril berkata, jika alahan hidung dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan komplikasi seperti rongga sinus tersumbat (terdapat lapan rongga sinus).Rongga sinus yang bertindak untuk pengudaraan tersekat dan menyebabkan bakteria terperangkap, sinusitus dan nanah terkumpul.Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian.Ketika itu pesakit akan merasa tidak selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak,” katanya.

Terdapat juga pesakit yang menghidap asma akibat alahan hidung yang berterusan kerana hidung dan paru-paru bersambung.Rawatan awal boleh dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan selesema dan semburan hidung yang berterusan sehingga sembuh.

Menurut Dr. Samril, sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa saja, bagaimanapun risiko lebih besar jika ahli keluarga terdekat menghidapinya.Alahan hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 hingga 11 tahun sementara 80 peratus menghidapinya semasa berusia 20 tahun.Ketika usia muda, alahan hidung lebih biasa berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan tetapi bila dewasa peratusannya lebih kurang sama.Sejarah pesakit amat penting dalam menilai alahan hidung.“Elemen penting termasuk menilai persekitaran, tempoh simptom, tindak balas perubatan, sejarah keluarga dalam alergi dan pekerjaan,” katanya.Sejarah berkenaan boleh membantu mengenal pasti punca dan penawar kepada alahan berkenaan.

Simptom berkaitan dengan bersin, gatal hidung, mata dan telinga, hidung berair, sakit kepala, mata merah dan letih.Pastikan simptom berkaitan dengan alahan sama ada debunga, kulat, haiwan tertentu, habuk atau hama.Biasanya struktur hidung akan bengkak dan jika penyakit parah maka ruang sinus akan mengandungi nanah.

“Pesakit akan diberikan antibiotik selama 10 hari hingga dua minggu.Biasanya pesakit yang mengambil ubat secara berterusan akan dapat mengawal alahan,” katanya.Bagaimanapun jika resdung tadi bertambah parah, jalan terakhir adalah melalui pembedahan.

Sumber artikel : Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *